Sazali Samad Menjadi Watak Badang Dalam Mobile Legends 1
in

Sazali Samad Menjadi Watak Badang Dalam Mobile Legends

Sazali Samad Menjadi Watak Badang Dalam Mobile Legends 2

Sabtu lalu, pelancaran permainan video Mobile Legends dengan siri perkenalan hero baru, Pahlawan Badang dengan kehadiran bekas jaguh bina badan negara, Sazali Abd Samad sebagai Badang dalam kehidupan yang sebenar.

Kemunculan Sazali berpakaian lengkap seperti pahlawan Badang, mengujakan setiap penonton yang hadir dengan sosok tubuh berotot dan tidak hairanlah Sazali diiktiraf sebagai juara Mr. Universe sebanyak 10 kali.

Selain Sazali, pasukan terkenal, iCON turut membuat penampilan pada acara itu. Pemain yang menyertai pertandinga persahabatan 1v1 Mobile Legends di atas pentas bersama pasukan iCON menggunakan wira Badang, dihadiahkan kepada mereka karakter tersebut secara kekal.

EVENT HIGHLIGHTS – SAZALI SAMAD SEBAGAI BADANG

[ EVENT HIGHLIGHTS – SAZALI SAMAD SEBAGAI BADANG ]Saksikan sorotan daripada acara Sazali Samad sebagai Badang bersama Pasukan ICON MY yang berlangsung di Paradigm Mall PJ pada Sabtu lepas (19 Jan). .Rebut peluang untuk memenangi 250x Fighter Emblems!(1) Kongsi Video ini(2) Beritahu kami mengapa anda sukakan Hero Badang di pos tersebut(3) Pastikan pos anda di tetapkan sebagai “Public” dengan ‘hashtag’ #MLBadang10x Pemenang bertuah akan dipilih dan dihadiahkan dengan 250x Fighter Emblems setiap seorang pada 31 Jan.

Mobile Legends: Bang Bangさんの投稿 2019年1月25日金曜日

Rata-rata penonton dan peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra bersama Badang di kehidupan sebenar, Sazali sepanjang acara itu dijalankan.

Sazali Samad Menjadi Watak Badang Dalam Mobile Legends 3

Sazali Samad Menjadi Watak Badang Dalam Mobile Legends 4

Ada juga diantara pengunjung yang tak ketinggalan mencuba nasih dalam mengalahkan si Badang dalam pertempuran gusti lengan di acara itu.

Pendek kata, acara minggu lalu sememangnya membawa keseronokan kepada peminat tegar Mobile Legends dan pengunjung yang hadir dengan penampilan istimewa ikon terkenal Malaysia.

Untuk korang yang tak dapat nak hadir acara minggu lepas, korang boleh saksikan kehebatan Badang dalam permainan video, Mobile Legends yang dah masuk sejak awal Januari lalu.

Badang Hero Spotlight Trailer

Tiada yg terlepas dari tumbukan padunya!Tribal Warrior tiba untuk bertempur dengan kehebatan yang tiada tandingan. Siapakah yang mampu terselamat dari kekuatannya yang tiada berpenghujung? Wira baharu Badang tersedia pada 15 Januari! Saksikan sedutan treler sekarang untuk mengetahui lebih mendalam tentang tekniknya! #MobileLegendsBangBang #MLBBNewHero

Mobile Legends: Bang Bangさんの投稿 2019年1月13日日曜日

Jangan lepaskan peluang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mastercard

Mastercard Akan Menghalang Bayaran Langganan Aplikasi Selepas Tempoh Percubaan

SteelSeries Melancarkan Stratus Duo – Peranti Permainan Yang Menyokong Banyak Platform 13

SteelSeries Melancarkan Stratus Duo – Peranti Permainan Yang Menyokong Banyak Platform