Rekaan Rumah Moden Tanpa Bumbung, Adakah Satu Idea Yang Bagus Untuk Pembeli? 1
in

Rekaan Rumah Moden Tanpa Bumbung, Adakah Satu Idea Yang Bagus Untuk Pembeli?

Rekaan Rumah Moden Tanpa Bumbung, Adakah Satu Idea Yang Bagus Untuk Pembeli? 2

Konsep rekaan terkini rumah semakin moden dan ada di antaranya tidak mempunyai ‘bumbung’. Bahagian bumbung atas kelihatan rata dan tidak berbentuk segi tiga seperti kebiasaan rumah yang dibina.

Namun, adakah trend rumah tanpa bumbung ini bagus dan menjadi pilihan yang tepat untuk dibeli? Terdapat beberapa hal yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu sebelum anda memilih rumah dengan rekaan sebegini.

Ikuti perkongsian daripada Tuan Azizul Azli Ahmad seperti di bawah. Terpulang kepada anda, namun jika salah beli kediaman pastinya akan memberi impak jangka panjang. Semoga bermanfaat.

1. Kebanyakan rekabentuk rumah hari ini semakin hilang bumbungnya. Kos ubah suai kediaman yang melibatkan bumbung merupakan kos yang mahal dan tinggi.

2. Bumbung yang tidak baik akan beri kesan kepada hujan dan haba pada rumah kita.

3. Selain itu, peranan bumbung untuk ‘cepat cepat jangan lambat lambat’ bawa air keluar dari bangunan. Semakin lama air berada atas bumbung semakin tidak baik.

Rekaan Rumah Moden Tanpa Bumbung, Adakah Satu Idea Yang Bagus Untuk Pembeli? 3

4. Air yang lambat turun ini akan meresap kedalam dinding menjadi ejen pereputan dan pemankin tumbuhnya kulat.

5. Bumbung atap curam paling baik kerana hujan yang lebat bagi air keluar cepat cepat dari atas bumbung agar tak jadi beban.

6. Semakin tinggi bumbung rumah kita, semakin baik dan sejuk kediaman.

7. Jika bumbung rumah kita rata seperti ini, pastikan ketinggian dinding melebihi 3.2 meter keatas. Semakin tinggi dinding semakin besar ruang udara beralih dan bergerak, semakin sejuk kediaman kita.

8. Kebanyakkan bumbung rata begini tiada bukaan untuk laluan udara, ia direka untuk tujuan pemasangan penghawa dingin. Berapa bil penghawa dingin yang kita akan tanggung selama beli kediaman ini nanti?. Bil bayar setiap bulan, hutang rumah bayar 30 tahun kedepan?.

9. Sebab itu rumah zaman dulu ada laluan udara dan airwell agar kediaman kita tidak menjadi perangkap haba yang panas membara dijiwa.

Rekaan Rumah Moden Tanpa Bumbung, Adakah Satu Idea Yang Bagus Untuk Pembeli? 4

Tidak semua yang nampak baru dan moden itu baik buat kita kawan, hati hati membeli kediaman jenis ini.

Membayar hutang kediaman yang mahal itu sudah cukup melukakan dan membebankan, apatah lagi biaya baiki rumah dan bill yang mahal setiap bulan.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

DrMaza

“Jika Ada ‘Mak Nyah’ Pukul Wanita, Kita Kena Anggap Lelaki Pukul Wanita” – Mufti Perlis

Pawagam Di Kota Jeddah Akan Mula Dibuka Pada 4 Februari 2019 13

Pawagam Di Kota Jeddah Akan Mula Dibuka Pada 4 Februari 2019