Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 1
in

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’

Selepas beberapa koleksi hebat yang dikeluarkan oleh Uniqlo seperti Uniqlo x Jason Polan dan Uniqlo x Gundam sebelum ini, kini Uniqlo berkongsikan secara rasmi koleksi Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ yang sangat dinantikan terutamanya oleh peminat fesyen Jepun.

3 ‘otai’ fesyen streetwear Jepun, Jun Takahashi (UNDERCOVER), NIGO (Bathing Ape & Human Made) dan Tetsu Nishiyama (WTAPS) dipilih untuk kerjasama ini. Mereka ditugaskan untuk menafsir dan menggambarkan franchise Star Wars mengikut ideologi fesyen unik setiap individu.

View this post on Instagram

With R2-D2 at Lucasfilm Ltd. @uniqlo @uniqlo.ut

A post shared by NIGO® (@nigo) on

Untuk Jun Takahashi, koleksi beliau lebih memfokuskan pada karakter ‘Droids’ dan Ewoks. Tetsu Nishiyama pula menghasilkan rekaan poster. Mandalorian yang menjadikan Boba Fett sebagai watak utama bagi rekaan beliau. Beliau turut memilih Dewback, reptilia rare yang hanya muncul dalam beberapa filem Star Wars sahaja.

NIGO pula memilih watak pembunuh upahan Greedo, watak yang mungkin kurang popular dalam Star Wars tetapi merupakan salah satu watak kegemaran beliau. Watak Yoda juga turut menjadi pilihan NIGO dengan ungkapan ikonik Yoda turut menjadi salah satu rekaan pada koleksi ini.

Ketiga-tiga mereka bersetuju bahawa Star Wars banyak memberi inspirasi dalam menghasilkan rekaan untuk jenama mereka. Koleksi ini akan dilancarkan di seluruh dunia pada hari Isnin (29 April) minggu hadapan.

Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki salah satu rekaan daripada koleksi ini.

Pautan: Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 2

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 3

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 4

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 5

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 6

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 7

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 8

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 9

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 10

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 11

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 12

Lihat Koleksi Edisi Khas Star Wars x Uniqlo UT ‘Master Of Graphics’ 13

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tonton Trailer Terakhir Filem Godzilla: King of The Monsters 22

Tonton Trailer Terakhir Filem Godzilla: King of The Monsters

Bloomberg: Switch Versi Lebih Murah Akan Tiba Akhir Jun Tahun Ini 23

Bloomberg: Switch Versi Lebih Murah Akan Tiba Akhir Jun Tahun Ini