Avengers Endgame
in

Kutipan Avengers: Endgame Kini Mencapai Lebih $2 Bilion – Menewaskan Titanic

Filem Avengers: Endgame adalah filem MCU yang paling berjaya setakat ini. Filem ini menyimpulkan kesemua 21 filem sepanjang 11 tahun dalam satu filem. Walaupun banyak perkara yang tidak dijelaskan dalam filem, filem ini masih mengambil perhatian ramai orang. Minggu lepas, filem Endgame telah mengutip sebanyak $1.2 Bilion dan kutipan itu adalah kutipan sekitar 6 hari filem itu berada di pawagam.

Kutipan Avengers: Endgame Kini Mencapai Lebih $2 Bilion – Menewaskan Titanic 1

Terkini, Marvel Studios’ berjaya lagi. Kutipan terkini telah mencapai $2,188,698,638 (~RM9,078,940,820). Ini secara tidak langsung menjadikan Avengers: Endgame filem kedua dengan kutipan yang paling banyak di dunia. Sebelum ini, takhta ini dipegang oleh filem Titanic. Titanic adalah filem yang ditayangkan pada tahun 1997, kemudian Endgame turut telah menewaskan filem dengan kutipan lebih $2 Bilion yang lain seperti – Infinity Wars dan Star Wars: The Force Awakens.

Ramai yang menyasarkan filem Endgame mungkin boleh menewaskan filem kutipan tertinggi dunia, Avatar. Avatar adalah filem yang ditayangkan pada tahun 2009 dan sudah 10 tahun memegang takhta kutipan tertinggi. Filem Endgame hanya memerlukan sekitar $600 Juta sahaja lagi untuk menewaskan Avatar. Perkara ini tidak mustahil, kerana minggu lepas sahaja kutipan hari Isnin sehingga Jumaat adalah $538 Juta.

Filem yang hebat sepatutnya mendapat kutipan yang hebat. Harapnya dalam masa terdekat ini filem Endgame boleh menjadi yang pertama.

Sumber: Box Office Mojo

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tonton Trailer Rasmi Terbaru ‘Spider-Man: Far From Home’ 10

Tonton Trailer Rasmi Terbaru ‘Spider-Man: Far From Home’

Rasmi : Axiata Dan Telenor Mengumumkan Hasrat Untuk Mengabungkan Operasi Di Asia 11

Rasmi : Axiata Dan Telenor Mengumumkan Hasrat Untuk Mengabungkan Operasi Di Asia