Cawan Starbucks Secara ‘Tidak Sengaja’ Muncul Dalam Game Of Thrones 1
in

Cawan Starbucks Secara ‘Tidak Sengaja’ Muncul Dalam Game Of Thrones

Walaupun produksi Game Of Thrones (GOT) adalah antara yang terbaik di Hollywood, mereka juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Dalam episod terbaru GOT musim kelapan, nampaknya mereka ‘terlupa’ untuk mengalih cawan Starbucks daripada set penggambaran.


Ianya menjadi bualan hangat peminat setia GOT dan ada yang berseloroh mengatakan Starbucks ‘pandai buat duit’ sehinggakan Starbucks ada cawangan di Westeros. Pihak HBO sendiri melihat perkara berkenaan sebagai satu kesilapan tetapi menganggap ianya hanya kesalahan kecil yang tidak menjejaskan jalan cerita GOT.

“Kopi yang muncul dalam episod GOT semalam adalah satu kesilapan. Daenerys sebenarnya memesan teh herba,” jenaka HBO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Starbucks juga melihat perkara tersebut sebagai indirect marketing kepada jenama tersebut dan turut mengeluarkan kenyataan ini di Twitter.


Ada peminat berpendapat ianya strategi GOT untuk membuatkan orang bercakap tentang siri berkenaan. Sebelum ini isu rakaman yang terlalu ‘gelap’ dipertikaikan oleh peminat dan kini, kopi Starbucks pula. Apa pun yang terjadi, apa pendapat anda tentang musim terakhir GOT ini?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kini Anda Boleh Muat Turun Arahan Suara Leona Chin Di Waze 10

Kini Anda Boleh Muat Turun Arahan Suara Leona Chin Di Waze

Nike Sambut Pencapaian Cristiano Ronaldo Dengan But Bola Edisi Khas 11

Nike Sambut Pencapaian Cristiano Ronaldo Dengan But Bola Edisi Khas