Google Pixel 3a Dan 3a XL Dilancarkan – Dijana Snapdragon 670 Dan Harga Mampu Milik 1
in

Google Pixel 3a Dan 3a XL Dilancarkan – Dijana Snapdragon 670 Dan Harga Mampu Milik

Google Pixel 3a dan 3a XL kini dilancarkan secara rasmi. Seperti beberapa berita yang tertiris mengatakan peranti akan dilancarkan dengan dua pemproses berbeza. Tetapi ini nampaknya tidak benar kerana kedua-duanya dilengkapi cip Snapdragon 670 sahaja.

Google Pixel 3a XL dilengkapi skrin 6″ OLED FHD+, dijana cip Snapdragon 670, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 12- Megapixel f/1.8, kamera swafoto 8-Megapixel da bateri sebesar 3700 mah yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Google Pixel 3a dilengkapi skrin 5.6″ OLED FHD+, dijana cip Snapdragon 670, memori sebesar 4GB RAM, storan 64/128GB, kamera utama 12- Megapixel f/1.8, kamera swafoto 8-Megapixel da bateri sebesar 3000 mah yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Google Pixel 3a Dan 3a XL Dilancarkan – Dijana Snapdragon 670 Dan Harga Mampu Milik 2

Kedua-dua peranti dilengkapi bicu audio 3.5mm pada bahagian atas. Google mengembalikan ciri ini selepas mendengar rungutan dari pengguna. Sebuah pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang bersama dengan panel dua tona yang menjadi rekaan Pixel sejak kebelakangan ini.

Peranti masih lagi menggunakan Android Pie asli. Sokongan genggaman tubuh juga dikekalkan. Dengan kata lain Pixel 3a adalah sama seperti Pixel 3 cuma tanpa pemproses yang lebih berkuasa serta tubuh yang kini diperbuat daripada plastik sahaja.

Google Pixel 3a Dan 3a XL Dilancarkan – Dijana Snapdragon 670 Dan Harga Mampu Milik 3

Harga jualan Google Pixel 3a bermula dari $399 (~RM 1655) sebuah manakala Google Pixel 3a XL bermula dari $479 (~RM 1988). Warna yang ditawarkan ialah Just Black, Clearly White dan Purple-ish.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Microsoft Memperlihatkan Permainan Minecraft Baru Dengan Teknologi Augmented Reality 12

Microsoft Memperlihatkan Permainan Minecraft Baru Dengan Teknologi Augmented Reality

Sistem Rating Google Play Store Akan Diubah Sepenuhnya – Rating Sedia Ada Akan Dikira Semula 13

Sistem Rating Google Play Store Akan Diubah Sepenuhnya – Rating Sedia Ada Akan Dikira Semula