TGV Cinemas Tawar Tayangan Maraton Untuk Semua Filem John Wick 1
in

TGV Cinemas Tawar Tayangan Maraton Untuk Semua Filem John Wick

Antara filem yang dinanti-nantikan tahun ini, ‘John Wick: Chapter 3 – Parabellum’ akan ditayangkan di pawagam pada 16 Mei 2019. Tetapi, anda boleh jadi antara penonton terawal menonton filem sekiranya anda membeli tayangan marathon di TGV Cinemas.

Tayangan khas ini hanya ditawarkan di beberapa pawagam TGV terpilh sahaja pada hari Sabtu ini jam 2.00 petang. Setakat ini, pawagam di Lembah Klang sudah hampir penuh kecuali cawangan terbaru TGV di Central i-City masih banyak kekosongan.

Jika anda tiada sebarang agenda Sabtu ini, bolehlah turut serta dalam maraton filem John Wick ini dan tiket pula tidak mahal; Hanya RM35 untuk menonton ketiga-tiga filem. Untuk pembelian tiket, anda boleh klik di sini.

Apakah penamat ‘Excommunicado’ John Wick ini nanti? Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menonton filem hebat ini di pawagam.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Taman Tema Air Hasbro Pertama Dunia Bakal Dibina Di Melaka 10

Taman Tema Air Hasbro Pertama Dunia Bakal Dibina Di Melaka

Ducati Lancar Model Basikal MIG-RR Yang Dijual Dengan Harga RM29,049 11

Ducati Lancar Model Basikal MIG-RR Yang Dijual Dengan Harga RM29,049