Google Kini Memaparkan Senarai Podcast Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Carian Web 1
in

Google Kini Memaparkan Senarai Podcast Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Carian Web

Google pada acara Google I/O 2019 telah memperlihatkan halaman carian baru yang memfokuskan kepada kandungan podcast. Kini halaman ini telah pun diaktifkan kepada pengguna, sekaligus memudahkan pengguna membuat carian dan melihat kandungan podcast terkini.

Google Kini Memaparkan Senarai Podcast Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Carian Web 2

Fungsi ini dapat dinikmati apabila anda menaip tajuk sesuatu podcast pada halaman carian Google. Carian ini kemudiannya akan memaparkan 3 podcast terkini daripada penerbit podcast tersebut.


Apa yang menarik, carian kandungan podcast ini boleh dimainkan terus di dalam pelayar web. Apabila butang play ditekan, ia akan membawa pengguna ke paparan Google Podcast untuk memainkan podcast ini. Daripada halaman ini, anda juga memilih tajuk podcast yang lain, disamping dapat memudahkan pengguna menuju ke sesuatu bahagian podcast yang dimainkan dengan mudah.

Google Kini Memaparkan Senarai Podcast Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Carian Web 3

Jadi bagi anda yang meminati kandungan audio dalam bentuk podcast, anda kini boleh menaip tajuk podcast kegemaran anda terus melalui enjin carian Google. Ia dapat dimainkan secara terus tanpa perlu memasang sebarang perisian tambahan untuk menikmatinya.

Sumber: The Verge

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tonton Trailer Rasmi ‘Ip Man 4: The Finale’ 12

Tonton Trailer Rasmi ‘Ip Man 4: The Finale’

BoBoiBoy The Movie 2 Akan Ditayangkan Pada 8 Ogos 2019 13

BoBoiBoy The Movie 2 Akan Ditayangkan Pada 8 Ogos 2019