Satoshi’s Treasure – Pertandingan Pencarian “Harta Karun” Kriptowang Bernilai RM4 Juta 1
in

Satoshi’s Treasure – Pertandingan Pencarian “Harta Karun” Kriptowang Bernilai RM4 Juta

Anda mungkin mengenali Bitcoin sebagai kriptowang pertama yang digunakan secara meluas sebagai matawang yang sah. Ia merupakan produk terawal yang menggunakan teknologi rantaian blok yang dikatakan cukup sukar untuk diplagiat dan ditipu.

Penggunaan kriptowang dan teknologi rantaian blok cukup meluas, dan terkini, sebuah syarikat yang bernama Primitive Ventures telah memulakan sebuah permainan pencarian harta karun yang dinamakan Satoshi’s Treasure, dimana para pemain perlu mencari serpihan-serpihan kunci digital untuk mengalihkan wang tersebut kedalam dompet digital mereka.

Nama Satoshi’s Treasure diilhamkan daripada seorang individu (ataupun kumpulan) yang dikatakan bapa kepada Bitcoin dan kriptowang, Satoshi Nakamoto.

Satoshi’s Treasure – Pertandingan Pencarian “Harta Karun” Kriptowang Bernilai RM4 Juta 2

Menurut syarikat tersebut, jumlah kriptowang yang dikumpul dianggar bernilai $1 juta (RM4 juta), dan 1000 serpihan kunci telah disebarkan. 400 daripada serpihan tersebut diperlukan untuk mengalihkan kriptowang tersebut,

Serpihan-serpihan kunci ini disorok melalui pelbagai aktiviti menarik, seperti teka-teki logik, aktiviti scavenger hunt dan sebagainya. Petunjuk mengenai teka-teki ini juga akan dikeluarkan sewaktu pelbagai acara mengenai kriptowang di seluruh dunia, ataupun melalui laman web secara rawak.

Buat masa ini, ia telah dilaporkan bahawa seramai 60,000 peserta telah menyertai permainan Satoshi’s Treasure ini, dan bukan itu sahaja, terdapat juga syarikat-syarikat yang berkata bahawa mereka berminat untuk menaja permainan-permainan berasaskan kriptowang dan rantaian blok yang lain di masa hadapan.

Sumber: Coindesk

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nike Lancar Aplikasi ‘Nike Fit’ Untuk Bantu Pengguna Dapatkan Saiz Kasut Ideal 11

Nike Lancar Aplikasi ‘Nike Fit’ Untuk Bantu Pengguna Dapatkan Saiz Kasut Ideal

Spotify Memperkenalkan ‘Storyline’ – Fungsi Seakan Instagram Stories Untuk Para Artis 12

Spotify Memperkenalkan ‘Storyline’ – Fungsi Seakan Instagram Stories Untuk Para Artis