Adobe Memulakan Program Beta Bagi Aplikasi Photoshop Untuk iPad 1
in

Adobe Memulakan Program Beta Bagi Aplikasi Photoshop Untuk iPad

Adobe pada Oktober tahun lalu telah mula memperlihatkan aplikasi Photoshop untuk iPad. Kini mereka telah membuka program beta bagi aplikasi ini dalam membolehkan pengguna mengujinya terlebih dahulu.

Ia diumumkan melalui sebuah e-mel yang dihantar kepada pengguna yang melanggan Creative Cloud. Di dalam e-mel tersebut, Adobe menawarkan pautan ke Google Forms untuk membenarkan pengguna mengisi alamat e-mel, nama, dan sebab mengapa mereka berminat untuk mengikuti program beta ini.

Adobe Memulakan Program Beta Bagi Aplikasi Photoshop Untuk iPad 2

Adobe telah memperlihatkan Photoshop untuk iPad pada acara Adobe MAX, yang mana menyajikan antaramuka dan kawalan seumpama di desktop. Ia juga dioptimasikan dengan Apple Pencil bagi memudahkan pengguna melakar dan membuat potongan imej menerusi aplikasi ini.

Walau bagaimanapun, Adobe tidak memberikan sebarang tarikh bilakah Photoshop untuk iPad bakal ditawarkan kepada semua pengguna. Namun bagi anda yang berminat untuk mengujinya dalam bentuk beta, anda boleh mengisi Google Form untuk mengikuti program ini.

Sumber: 9to5Mac

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows Pertama Dengan Skrin Boleh-Lipat 11

Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows Pertama Dengan Skrin Boleh-Lipat

Tonton Trailer Terbaru ‘X-Men: Dark Phoenix’ 12

Tonton Trailer Terbaru ‘X-Men: Dark Phoenix’