Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows Pertama Dengan Skrin Boleh-Lipat 1
in

Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows Pertama Dengan Skrin Boleh-Lipat

Pada tahun ini, kita telah sedia melihat beberapa telefon pintar dengan skrin boleh-lipat diperkenalkan. Menariknya, kini Lenovo turut mengorak langkah dalam memperkenalkan komputer riba prototaip menggunakan skrin boleh-lipat mereka tersendiri, dibawah jenama ThinkPad.

Lenovo menggunakan skrin OLED daripada LG Display untuk menjayakan peranti ini, dan menyasarkan untuk memasarkannya sekitar 2020 kelak. Ia menggunakan panel bersaiz 13-inci, yang mana akan menjadi sekitar 9.6-inci apabila ia dilipat dua.

Komputer riba prototaip ini menggunakan sistem operasi berasaskan Windows, dimana dengan pengoptimasian sistem operasi yang disesuaikan sebagai tablet, pengguna boleh menggunakannya tanpa masalah – termasuk menggunakan panel yang dibawah sebagai papan kekunci apabila id dibuka.

Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows Pertama Dengan Skrin Boleh-Lipat 2

Dengan saiznya yang kompak, ia turut memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana dengan mudah.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah sokongan papan kekunci berasaskan Bluetooth dan juga stylus Wacom. Selain daripada itu, Lenovo turut menjanjikan penggunaan tenaga bateri sepanjang hari, selain sokongan speaker stereo.

Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows Pertama Dengan Skrin Boleh-Lipat 3

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dalam arena komputer riba dengan skrin boleh-lipat ini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dengarkan Single Khas Alif Satar Dan Raihan ‘Sesungguhnya2019’ 12

Dengarkan Single Khas Alif Satar Dan Raihan ‘Sesungguhnya2019’

Adobe Memulakan Program Beta Bagi Aplikasi Photoshop Untuk iPad 13

Adobe Memulakan Program Beta Bagi Aplikasi Photoshop Untuk iPad