Acara Nintendo Direct Sempena Super Mario Maker 2 Bakal Diadakan Esok 1
in

Acara Nintendo Direct Sempena Super Mario Maker 2 Bakal Diadakan Esok

Nintendo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara penstriman langsung, Nintendo Direct sempena permainan Super Mario Maker 2 pada awal pagi esok. Ianya akan mula ditayangkan pada jam 6 pagi pada 16 Mei (Waktu Malaysia) melalui saluran rasmi Youtube Nintendo.


Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Super Mario Maker 2, ianya adalah permainan pembinaan pentas permainan Super Mario yang mana ianya didatangi dengan pelbagai kelengkapan untuk pemain hasilkan pentas mereka sendiri. Nintendo sebelum ini mengumumkannya ia bakal tiba pada 28 Jun 2019 ini secara eksklusif di konsol Switch.

Buat masa ini informasi lanjut berkenaan acara Nintendo Direct tersebut masih lagi samar, namun kami percaya mereka akan kongsikan pelbagai kandungan baharu permainan tersebut ketika acara tersebut, memandangkan ianya bakal tiba tidak lama lagi.

Pautan: Nintendo (YouTube)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Samurai Shodown Bakal Tiba Jun Ini – Pembelian Awal Akan Menyertakan Pas Musim Secara Percuma 10

Samurai Shodown Bakal Tiba Jun Ini – Pembelian Awal Akan Menyertakan Pas Musim Secara Percuma

Disney Kini Mempunyai Kawalan Penuh Terhadap Kandungan Platform Hulu 11

Disney Kini Mempunyai Kawalan Penuh Terhadap Kandungan Platform Hulu