Disney Kini Mempunyai Kawalan Penuh Terhadap Kandungan Platform Hulu 1
in

Disney Kini Mempunyai Kawalan Penuh Terhadap Kandungan Platform Hulu

Disney dikatakan bakal melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka, Disney+ tahun ini, tetapi dengan pengambil-alihan syarikat 21st Century Fox, Disney nampaknya juga turut mendapat pegangan majoriti keatas sebuah lagi syarikat penstriman video, iaitu Hulu.

Sebelum pembelian Disney, Hulu dipegang oleh empat konglomerat media terbesar di Amerika Syarikat, termasuklah 21st Century Fox, NBCUniversal, WarnerMedia dan Disney sendiri. Dengan pembelian Fox, Disney dilihat mempunyai pegangan majoriti keatas Hulu.

WarnerMedia dikatakan telah menjual pegangan Hulu mereka kepada Disney, dan lebih menariknya, Comcast, yang sebelum ini memiliki 1/3 daripada syarikat tersebut juga akan menjual pegangan mereka kepada Disney, menjadikan syarikat tersebut pemilik penuh perkhidmatan penstriman tersebut.

Disney Kini Mempunyai Kawalan Penuh Terhadap Kandungan Platform Hulu 2

Disney juga dikatakan akan mengendalikan perkhidmatan Hulu sebagai pemilik penuh tidak lama lagi, walaupun transaksi pegangan tersebut belum diteruskan.

Butiran khusus mengenai penjualan ini tidak diketahui lagi, tetapi transaksi jualan tersebut hanya akan berlaku menjelang 2024 kelak, dan Comcast akan menerima bayaran minimum $27.5 bilion (RM114 bilion).

Menurut laporan CNN, Hulu akan kekal sebagai perkhidmatan penstrimannya sendiri, dan ini kebarangkalian kerana Hulu mempunyai kandungannya tersendiri, dan Disney mungkin akan menjadikan Disney+ sebagai satu perkhidmatan yang lebih mesra keluarga.

Sumber: Forbes

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Acara Nintendo Direct Sempena Super Mario Maker 2 Bakal Diadakan Esok 11

Acara Nintendo Direct Sempena Super Mario Maker 2 Bakal Diadakan Esok

Dompet Digital Boost Kini Boleh Digunakan Di Restoran KFC Seluruh Negara 12

Dompet Digital Boost Kini Boleh Digunakan Di Restoran KFC Seluruh Negara