DJI Lancarkan Kamera Aksi Pertama Mereka Osmo Action, Pesaing Utama GoPro Hero 7 1
in

DJI Lancarkan Kamera Aksi Pertama Mereka Osmo Action, Pesaing Utama GoPro Hero 7

Desas-desus berkenaan kamera aksi daripada DJI telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini pengeluar yang terkenal dengan penawaran dron berkenaan telah pun melancarkan kamera aksi pertama mereka, dinamakan DJI Osmo Action.

DJI Lancarkan Kamera Aksi Pertama Mereka Osmo Action, Pesaing Utama GoPro Hero 7 2

DJI Lancarkan Kamera Aksi Pertama Mereka Osmo Action, Pesaing Utama GoPro Hero 7 3

DJI Lancarkan Kamera Aksi Pertama Mereka Osmo Action, Pesaing Utama GoPro Hero 7 4

DJI Osmo Action membawakan rekaan seumpama GoPro, tetapi menyertakan beberapa keunikkan tersendiri. Ia hadir menggunakan dwi-skrin – iaitu satu dihadapan dan satu dibelakang. Skrin hadapan bersaiz 1.40-inci yang diposisikan bersebelahan sensor rakaman untuk memudahkan anda melakukan rakaman swafoto dan sebagainya. Sementara skrin belakang pula menawarkan skrin 2.25-inci dengan sokongan sesentuh.

DJI mengatakan Osmo Action menggunakan sensor CMOS 12-megapixel yang berupaya merakamkan video 4K pada kadar 60fps, selain rakaman 240fps dalam bentuk resolusi 1080p.

Selain daripada itu, sokongan popular lain pada kamera aksi turut disertakan, termasuk kalis air, sokongan WiFi dan Bluetooth, serta sokongan kesan penuras khas bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah DJI Osmo Action akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tonton Trailer Siri Black Mirror Musim Kelima 13

Tonton Trailer Siri Black Mirror Musim Kelima

James Wan Dipilih Sebagai Penerbit Filem Mortal Kombat Terbaru 14

James Wan Dipilih Sebagai Penerbit Filem Mortal Kombat Terbaru