Google Melancarkan ‘Rivet’ – Aplikasi Mengajar Kanak-Kanak Membaca 1
in

Google Melancarkan ‘Rivet’ – Aplikasi Mengajar Kanak-Kanak Membaca

Pada bulan November tahun lepas, Area 120 telah melancarkan aplikasi Rivet dalam bentuk beta. Bagi yang tidak tahu apa itu Area 120, ia adalah bahagian produk eksperimen dari Google. Rivet adalah aplikasi untuk mengajar kanak-kanak membaca dan dalam aplikasi ini terdapat lebih 1,500 buku percuma. Antaramuka aplikasi ini juga mesra kanak-kanak dan sangat mudah untuk digunakan.

Google Melancarkan ‘Rivet’ – Aplikasi Mengajar Kanak-Kanak Membaca 2

Terkini, Rivet telah pun keluar dari beta dan sedia dimuat turun di Google Play Store. Cara penggunaan Rivet adalah mudah, anak kecil hanya perlu buka muka surat demi muka surat untuk membaca dan bagi perkataan yang mereka tidak faham – tekan sahaja perkataan tertentu untuk Rivet bacakan dengan kuat. Bukan itu sahaja, Rivet turut boleh memberi makna setiap perkataan bersama-sama dengan cara sebutan yang tepat. Menarik sekali, ibu bapa turut boleh menjejak progres anak-anak mereka membaca dan menerima notis melalui emel.

Google Melancarkan ‘Rivet’ – Aplikasi Mengajar Kanak-Kanak Membaca 3

Sayang sekali, aplikasi ini hanya terhad di negara Amerika Syarikat, Canada, Australia, New Zealand, South Africa, India, Brazil, Nigeria, Philippines, Bangladesh dan Pakistan sahaja. Tiada lagi pengumuman mengenai kehadiran aplikasi ini di Malaysia.

Google Melancarkan ‘Rivet’ – Aplikasi Mengajar Kanak-Kanak Membaca 4

Pautan: Google Play Store
Sumber: Google

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SCRUT Perkenal Perkhidmatan Laporan Keadaan Kenderaan Recond Dari Jepun 13

SCRUT Perkenal Perkhidmatan Laporan Keadaan Kenderaan Recond Dari Jepun

Steam Link Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS – Membawa Permainan Desktop Ke iPhone Dan iPad Anda 14

Steam Link Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS – Membawa Permainan Desktop Ke iPhone Dan iPad Anda