Steam Link Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS – Membawa Permainan Desktop Ke iPhone Dan iPad Anda 1
in

Steam Link Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS – Membawa Permainan Desktop Ke iPhone Dan iPad Anda

Steam Link telah pun diperkenalkan sebelum ini yang membolehkan anda memainkan permainan PC dengan mudah di peranti mudah-alih. Setelah sekian lama tertangguh untuk diperkenalkan di platform iOS, hari ini akhirnya Valve telah pun mula menawarkannya melalui App Store untuk pengguna iPhone dan iPad.

Steam Link Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS – Membawa Permainan Desktop Ke iPhone Dan iPad Anda 2

Dengan adanya Steam Link ini, ia membolehkan pengguna mengakses kepada pelbagai permainan mereka ketika berhubung ke komputer (Mac). ini sekaligus membolehkan anda memainkan permainan video berkenaan pada skrin iPhone dan iPad – melalui penstriman daripada komputer pengguna.

Untuk menggunakan Steam Link, pengguna perlu memastikan menggunakan iOS 10 dan terkini, selain memastikan peranti iOS dan komputer pengguna menggunakan rangkaian yang sama. Pengguna turut perlu hubungkan alat kawalan MFI untuk mengawal permainan berkenaan.

Steam Link Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS – Membawa Permainan Desktop Ke iPhone Dan iPad Anda 3

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun Steam Link melalui AppStore hari ini.

Pautan: Steam Link (iOS)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Google Melancarkan ‘Rivet’ – Aplikasi Mengajar Kanak-Kanak Membaca 12

Google Melancarkan ‘Rivet’ – Aplikasi Mengajar Kanak-Kanak Membaca

Blizzard Bakal Lancarkan World Of Warcraft Classic Sempena Ulang Tahun Ke-15 13

Blizzard Bakal Lancarkan World Of Warcraft Classic Sempena Ulang Tahun Ke-15