JAXA Dan Universiti Tokyo Bekerjasama Untuk Melancarkan Model Gundam Dari Angkasa Lepas Bersempena Sukan Olimpik 2020 1
in

JAXA Dan Universiti Tokyo Bekerjasama Untuk Melancarkan Model Gundam Dari Angkasa Lepas Bersempena Sukan Olimpik 2020

Mobile Suit Gundam ialah siri anime yang cukup popular diseluruh dunia, dan nampaknya, terdapat beberapa pihak yang ingin menggunakan model-model Gundam sebagai sebuah gimik menarik untuk acara sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo pada tahun hadapan.

JAXA Dan Universiti Tokyo Bekerjasama Untuk Melancarkan Model Gundam Dari Angkasa Lepas Bersempena Sukan Olimpik 2020 2

JAXA, ataupun Japan Aerospace Exploration Agency, bersama-sama dengan Tokyo University akan bekerjasama untuk melancarkan dua model Gundam dari angkasa lepas sebagai simbol kemajuan manusia didalam misi mengeksplorasi angkasa lepas.

Dua model dari siri Gundam yang dipilih untuk misi ini ialah Gundam RX78-II dan MS06S-Zaku, yang boleh dikatakan dua daripada model mecha yang paling ikonik didalam siri tersebut. Kedua-dua model ini, yang mempunyai ketinggian 10cm akan dibina dengan bahan dan cat khas yang mampu bertahan di angkasa lepas.

Kedua-dua model ini juga akan dilengkapi dengan mata LED yang akan berubah warna mengikut warna bulatan logo Olimpik dan juga kamera yang akan merakam pergerakan orbit model-model tersebut.

Dalam pada itu, model-model ini akan dirumahkan didalam kapsul yang dinamakan G-Satellite yang juga akan hadir dengan papan buletin elektronik yang boleh digunakan untuk memaparkan mesej kepada atlit-atlit sewaktu acara sukan tersebut dari angkasa lepas.

Modul G-Satellite tersebut akan dihantar ke International Space Station (ISS) pada bulan Mac kelak, dimana ia kemudiannya akan dilancarkan ke angkasa lepas melalui module JEM (Japanese Experiment Module).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Keluar Dari Kumpulan WhatsApp Pejabat Tanpa Kebenaran Majikan Boleh Menyebabkan Anda Dibuang Kerja 11

Keluar Dari Kumpulan WhatsApp Pejabat Tanpa Kebenaran Majikan Boleh Menyebabkan Anda Dibuang Kerja

Promosi Spotify Premium 3 Bulan Pada Harga RM2 Kini Kembali – Hanya Untuk Pengguna Baru 12

Promosi Spotify Premium 3 Bulan Pada Harga RM2 Kini Kembali – Hanya Untuk Pengguna Baru