Jualan Promosi Mega Epic Games Store Bermula – Detroit: Become Human Berharga RM41 1
in

Jualan Promosi Mega Epic Games Store Bermula – Detroit: Become Human Berharga RM41

Epic Games kelmarin mengacahkan yang mereka bakal menganjurkan Jualan Promosi Mega di Epic Games Store. Hari ini, jualan tersebut bermula dan ia menawarkan potongan harga yang cukup menarik.

Menurut kenyataan di kedai tersebut, permainan diberi potongan harga sehingga 75% dan juga potongan harga sebanyak $10 (~RM41) kepada semua permainan yang beharga $14.99 (RM62) dan ke atas termasuk juga permainan akan datang.

Jualan Promosi Mega Epic Games Store Bermula – Detroit: Become Human Berharga RM41 2

Buat masa ini Epic Games Store mempunyai kandungan permainan yang terhad akan tetapi dengan usaha mereka sebelum ini beberapa permainan adalah eksklusif di kedai tersebut. Berikut adalah beberapa permainan yang kami rasakan sangat berbaloi untuk dibeli semasa jualan promosi ini;

  • Detroit: Become Human – $9.99(~RM41)
  • Borderlands 3 – $34.99(~RM145)
  • Close to the Sun – $4.99(~RM20)
  • World War Z – $12.99(~RM54)
  • Vampire: The Masquerade – Bloodline 2 – $13.99(RM58)
  • Metro Exodus – $27.49(~RM114)
  • The Sinking City – $18.99(~RM79)
  • Control – $18.99(~RM79)

Selain itu, seperti setiap 2 minggu, permainan terbaru yang ditawarkan percuma adalah Stories Untold. Ia dibangunkan oleh No Code dan diterbitkan oleh Devolver Digital pada tahun 2017. Ia merupakan permainan pengembaraan-tekaria seram. Anda boleh muat turun sekarang sehingga 30 Mei yang kemudiannya digantikan dengan permainan Rime.

Kami boleh katakan yang jualan promosi ini, walaupun mempunyai pilihan yang terhad akan tetapi agak menarik. Terutama kerana permainan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi turut ditawarkan dengan lebih murah.

Pautan: Epic Mega Sale, Stories Untold

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SKMM – Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun 11

SKMM – Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun

Keluar Dari Kumpulan WhatsApp Pejabat Tanpa Kebenaran Majikan Boleh Menyebabkan Anda Dibuang Kerja 12

Keluar Dari Kumpulan WhatsApp Pejabat Tanpa Kebenaran Majikan Boleh Menyebabkan Anda Dibuang Kerja