PTPTN Bakal Mengenekan Sekatan Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Bagi Pembayar Yang Culas 1
in ,

PTPTN Bakal Mengenekan Sekatan Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Bagi Pembayar Yang Culas

Antara laporan yang berlegar di media sosial pada ketika ini ialah cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengenakan sekatan terhadap pembaharuan lesen memandu, passport, cukai jalan kenderaan serta larangan ke luar negara bagi peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, namun keputusan muktamad akan dibuat oleh Putrajaya jika larangan itu merupakan satu cara berkesan untuk peminjam ingkar.

Ketika ini, PTPTN sedang mengadakan rundingan awam dalam bentuk tinjauan atas talian itu bermula hari ini sehingga 13 Jun nanti untuk mendapat maklum balas mengenai cadangan memperkenalkan skim mampu bayar balik pinjaman pendidikan baru dan langkah menambah baik kelangsungan pinjaman PTPTN.

Terdahulu, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN (Dasar dan operasi), Mastura Mohd Khalid berkata larangan ke luar negara yang dilaksanakan kerajaan tahun lalu berkesan kerana kira-kira 684,000 peminjam membayar balik pinjaman berjumlah RM2 bilion.

Mastura berkata, PTPTN sedang mempertimbangkan langkah lain untuk peminjam membayar hutang mereka berdasarkan maklum balas daripada perbincangan dengan pemegang berkepentingan, termasuk melarang peminjam ingkar memperbaharui pasport, lesen memandu dan cukai jalan kenderaan mereka.

Sumber: MalaysiaKini

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

TikTok Meneruskan Takhta Sebagai Aplikasi Paling Banyak Dimuat-Turun Di AppStore Untuk Suku Pertama 2019 10

TikTok Meneruskan Takhta Sebagai Aplikasi Paling Banyak Dimuat-Turun Di AppStore Untuk Suku Pertama 2019

11 Kamera AWAS Bakal Ditambah Di Lebuhraya PLUS 11

11 Kamera AWAS Bakal Ditambah Di Lebuhraya PLUS