Robert Pattinson Sedang Dalam Perbincangan Untuk Menjadi Batman 1
in

Robert Pattinson Sedang Dalam Perbincangan Untuk Menjadi Batman

Selepas Ben Affleck melepaskan watak Batman, banyak nama pelakon yang naik bakal menggantikan Ben. Dalam ramai-ramai yang dipetik, nama pelakon terkenal ‘Twilight’ Robert Pattinson yang disebut bakal menjadi pengganti Ben.

Namun, khabar angin berkenaan nampaknya sahih apabila media di Hollywood melaporkan Robert Pattinson kini sedang dalam perbincangan untuk membawa watak Bruce Wayne untuk filem ‘The Batman’ arahan Matt Reeves yang dijangka ditayangkan di pawagam pada 25 Jun 2021.

View this post on Instagram

🦇

A post shared by IGN (@igndotcom) on

Walaupun perjanjian berkenaan masih belum mendapat kata putus, tetapi Pattinson adalah pilihan utama pengganti Ben. Pihak Warner Bros masih belum mahu mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Kejayaan hebat dua filem ‘Planet Of The Apes’ arahan Mark Reeves sebelum ini antara sebab Mark dipilih untuk menjadi pengarah baharu Batman. Pattinson pula bakal menjadi aktor paling muda memegang watak Bruce Wayne.

Nama Pattinson juga agak kurang menjadi pilihan pengarah ternama Hollywood beberapa tahun ini dan nampaknya, filem Batman bakal menaikkan kembali nama Pattinson di persada seni. Anda sudah sedia dengan ‘Sparkling Batman’?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sony Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Penstriman Kandungan 10

Sony Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Penstriman Kandungan

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Angel Has Fallen’ 11

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Angel Has Fallen’