Sony Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Penstriman Kandungan 1
in

Sony Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Penstriman Kandungan

Seperti kita sedia maklum, Sony dan Microsoft merupakan pemilik kepada dua jenama besar di dalam dunia permainan video iaitu PlayStation dan Xbox. Di dalam kategori tersebut, mereka boleh dikatakan adalah pesaing.

Sony Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Penstriman Kandungan 2

Tampaknya, perkara tersebut tidak menghalang daripada mereka untuk bekerjasama. Sony dan Microsoft hari ini mengumumkan yang mereka akan bekerjasama bagi mengembangkan teknologi awan berdasarkan Microsoft Azure.

Ia adalah untuk menyokong perkhidmatan penstriman permainan video serta kandungan lain untuk kedua-dua syarikat. Selain itu kerjasama ini juga akan memfokuskan kepada teknologi semikonduktor dan AI.

Ini bukanlah petanda berakhirnya ‘peperangan konsol’ akan tetapi sekadar kerjasama untuk berkongsi kepakaran masing-masing agar dapat menambah-baik teknologi yang tersedia.

Sumber: Microsoft

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Promosi Spotify Premium 3 Bulan Pada Harga RM2 Kini Kembali – Hanya Untuk Pengguna Baru 11

Promosi Spotify Premium 3 Bulan Pada Harga RM2 Kini Kembali – Hanya Untuk Pengguna Baru

Robert Pattinson Sedang Dalam Perbincangan Untuk Menjadi Batman 12

Robert Pattinson Sedang Dalam Perbincangan Untuk Menjadi Batman