in ,

HBO Berkongsikan Video Teaser Westworld Musim Ke-3 – Bakal Ditayangkan Pada 2020

HBO hari ini memperlihatkan video teaser pertama untuk musim ke-3 bagi siri Westworld yang mana ianya memperlihatkan watak baharu yang dilakonkan oleh Aaron Paul.

Melaluinya, mereka memperlihatkan ‘dunia luar’ di dalam dunia Westworld tersebut selepas watak-watak ‘robot’ seperti Delores telah pun melarikan diri dari taman tema Westworld tersebut ke dunia nyata.

Tidak banyak informasi yang dikongsikan, namun apa yang pasti ianya kelihatan akan memfokuskan watak Aaron Paul di mana beliau seakan pekerja biasa pada siang hari dan penjenayah ketika malam. Watak Delores juga diperlihatkan ketika penghujung video acah tersebut, sekaligus memastikan bahawa Delores telah pun berjaya melarikan diri ke dunia nyata.

Buat masa ini, Westworld musim ke-3 dijadualkan untuk ditayangkan bermula tahun hadapan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Qualcomm Dan Intel Juga Menghentikan Jualan Perkakasan Kepada Huawei 9

Qualcomm Dan Intel Juga Menghentikan Jualan Perkakasan Kepada Huawei

Tonton Trailer Rasmi Terakhir ‘Toy Story 4’ 10

Tonton Trailer Rasmi Terakhir ‘Toy Story 4’