Huawei Kini Dihalang Dari Menggunakan Perkhidmatan Android Oleh Google 1
in

Huawei Kini Dihalang Dari Menggunakan Perkhidmatan Android Oleh Google

Kesan halangan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat minggu lalu mula kelihatan. Hari ini Google menggantung akses serta sokongan Android kepada Huawei secara serta merta. Ini bermakna telefon pintar keluaran Huawei selepas ini tidak lagi akan menerima lesen menggunakan Android. Pada waktu yang sama tiada lagi sokongan kemas kini dan akses kepada kesemua perkhidmatan GApps seperti Play Store.

Huawei hanya boleh mengakses Android AOSP sahaja selepas ini seperti yang dilakukan beberapa pengeluar di China yang tidak menerima pentauliahan. Pihak Huawei masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Google menghentikan hubungan perniagaan. Mereka hanya berkata akan menentang halangan yang dikenakan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat minggu lalu.

Yang pasti ia akan mendatangkan kesan yang besar ke atas perniagaan peranti mudah alih Huawei yang bergantung sepenuhnya kepada sistem operasi Android. Pada suku pertama 2019, Huawei ialah pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia di belakang Samsung dan di hadapan Apple. Mereka sebelum ini mengumumkan komited akan memberikan kemas kini ke Android Q seawal yang mungkin. Ia juga menimbulkan tanda tanya sama ada pelancaran Honor 20 akan diteruskan esok.

Sumber: Reuters

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

FamilyMart Sah Terima Sijil Halal Daripada JAKIM 10

FamilyMart Sah Terima Sijil Halal Daripada JAKIM

Qualcomm Dan Intel Juga Menghentikan Jualan Perkakasan Kepada Huawei 11

Qualcomm Dan Intel Juga Menghentikan Jualan Perkakasan Kepada Huawei