Qualcomm Dan Intel Juga Menghentikan Jualan Perkakasan Kepada Huawei 1
in

Qualcomm Dan Intel Juga Menghentikan Jualan Perkakasan Kepada Huawei

Beberapa jam yang lalu Google mengumumkan mereka tidak akan lagi memberikan lesen Android kepada Huawei. Ini serta merta merencatkan proses kemaskini perisian, tampalan sekuriti dan akses kepada GApps seperti Play Store. Kini pengeluar cip Qualcomm, Intel, Braodcom Inc dan Xilinx Inc turut mengesahkan mereka akan berhenti menjual perkakasan mereka kepada Huawei.

Dua tamparan hebat yang diterima oleh Huawei hari ini akan bukan sahaja menjejaskan perniagaan peranti pintar mereka yang menggunakan Android tetapi turut pada perniagaan komputer riba dan peralatan telekomunikasi yang menggunakan cip yang dikeluarkan empat syarikat ini.

Penghentian jualan perkakasan dan sokongan perisian hari ini hadir beberapa hari selepas Huawei dimasukkan ke dalam Entity List oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana didakwa meningkatkan risiko terhadap keselamatan negara. Mereka tidak lagi boleh melakukan perdagangan dengan sebarang syarikat dari A.S tanpa kebenaran dari pihak kerajaan.

Sumber: Bloomberg

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Huawei Kini Dihalang Dari Menggunakan Perkhidmatan Android Oleh Google 10

Huawei Kini Dihalang Dari Menggunakan Perkhidmatan Android Oleh Google

HBO Berkongsikan Video Teaser Westworld Musim Ke-3 – Bakal Ditayangkan Pada 2020 11

HBO Berkongsikan Video Teaser Westworld Musim Ke-3 – Bakal Ditayangkan Pada 2020