Pembangun TikTok Bakal Hadir Dengan Aplikasi Penstriman Muzik Tersendiri – Mencabar Spotify 1
in

Pembangun TikTok Bakal Hadir Dengan Aplikasi Penstriman Muzik Tersendiri – Mencabar Spotify

Bytedance, syarikat disebalik TikTok sedia mendapat perhatian ramai sejak aplikasi sosial berkenaan menerima perhatian ramai, termasuk digunakan ramai pengguna muda seluruh dunia. Terkini, dalam usaha terus mengukuhkan kedudukan dalam arena aplikasi mudah-alih, Bytedance kini dilaporkan bakal hadir dengan aplikasi penstriman muzik mereka tersendiri tidak lama lagi.

Aplikasi baru berkenaan yang masih tidak diketahui namanya bakal bersaing dengan beberapa penyedia popular, termasuk Spotify dan juga Apple Music.

Ia dikatakan aplikasi baru berkenaan bukan klon Spotify semata-mata, sebaliknya akan menawarkan sejumlah katalog, termasuk video bersama-sama dengannya. Ia turut akan ditawarkan dalam bentuk langganan bulanan – sekaligus membolehkan Bytedance menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Buat masa ini, Bytedance telah mendapatkan hak penstriman daripada T-Series dan juga Times Music di India – sekaligus memberikan petanda mereka akan melancarkan perkhidmatan ini bermula dari India terlebih dahulu.

Sumber: Bloomberg

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Tema Game of Thrones Kini Diabadikan Menggunakan Alat Muzik Tradisional Melayu 10

Lagu Tema Game of Thrones Kini Diabadikan Menggunakan Alat Muzik Tradisional Melayu

Uniqlo Lancar Koleksi Kolaborasi Terbaru Bersama Pokemon 11

Uniqlo Lancar Koleksi Kolaborasi Terbaru Bersama Pokemon