Permainan Percuma Hari Ini – The Sims 4 Di PC 1
in

Permainan Percuma Hari Ini – The Sims 4 Di PC

The Sims 4 semestinya adalah salah satu permainan simulasi kehidupan yang sangat terkenal di PC dan ianya dilancarkan di konsol beberapa tahun lepas. Namun, dengan pelbagai penambahan DLC yang dilancarkan sepanjang tahun permainan tersebut dilancarkan, semestinya untuk memiliki permainan tersebut dengan membeli dengan harga yang penuh berharga sangat mahal.

Permainan Percuma Hari Ini – The Sims 4 Di PC 2

Kini, bermula hari ini sehingga 29 Mei 2019, anda boleh dapatkan permainan tersebut secara percuma di PC melalui Origin, sempena tawaran khas yang disediakan oleh EA. Melalui pautan yang dicuba oleh kami, tawaran ini ditawarkan untuk kesemua negara di Origin yang mana ianya boleh di akses melalui laman web ataupun melalui aplikasi Origin di PC.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut secara percuma, ianya mudah sahaja di mana anda hanya perlu ke pautan di bawah dan klik dapatkan permainan tersebut dan ianya akan tersenarai di dalam perpustakaan permainan anda.

Anda kemudian boleh memuat-turun aplikasi Origin, dan melihat di senarai perpustakaan permainan anda dan terus muat-turun permainan tersebut di PC anda. Namun tawaran ini semestinya buat mereka yang mempunyai akaun rasmi Origin yang mana ianya boleh didaftar secara percuma.

Permainan Percuma Hari Ini – The Sims 4 Di PC 3

Semestinya ini merupakan permainan asas The Sims 4 tanpa sebarang penambahan DLC yang dilancarkan oleh mereka. Meskipun begitu, sekurang-kurangnya anda kini mempunyai permainan asas yang boleh dimainkan secara terus.

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan permainan The Sims 4 dengan percuma sekarang.

Pautan: The Sims 4 – Origin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Indonesia Menyekat Akses Facebook, WhatsApp Dan Instagram Bagi Menentang Penularan Berita Palsu 12

Indonesia Menyekat Akses Facebook, WhatsApp Dan Instagram Bagi Menentang Penularan Berita Palsu

Playstation Productions Disahkan Sedang Menghasilkan Siri TV Twisted Metal 13

Playstation Productions Disahkan Sedang Menghasilkan Siri TV Twisted Metal