Playstation Productions Disahkan Sedang Menghasilkan Siri TV Twisted Metal 1
in

Playstation Productions Disahkan Sedang Menghasilkan Siri TV Twisted Metal

Awal hari ini, Sony mengumumkan bahawa mereka menubuhkan satu bahagian baharu iaitu Playstation Productions yang mana ianya akan memfokuskan penghasilkan siri filem dan TV siri berdasarkan hak intelek Sony. Seperti yang dilaporkan oleh kami, Playstation Productions diketuai oleh Asad Qizilbash dan diselia oleh pengerusi SIE Worldwide Studios Shawn Layden.

Playstation Productions Disahkan Sedang Menghasilkan Siri TV Twisted Metal 2

Terkini, melalui laporan Speiltimes, ketika acara laporan pelabur Sony yang berlangsung hari ini, pengursi Sony Pictures Entertainment Tony Vinciquerra menyatakan bahawa mereka kini sedang menghasilkan siri TV Twisted Metal.

Buat masa ini tidak ada banyak informasi yang dikongsikan. Namun memandangkan permainan Twisted Metal terakhir yang dilancarkan adalah pada tahun 2012 lepas, sekurang-kurangnya siri tersebut tampaknya tidak dilupakan oleh Sony. Sebelum ini terdapat juga ura-ura berkenaan Sony akan menghasilkan filem Twisted Metal, namun ianya kemudian dibatalkan pada 2017 lepas.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Permainan Percuma Hari Ini – The Sims 4 Di PC 11

Permainan Percuma Hari Ini – The Sims 4 Di PC

YouTube Tidak Akan Lagi Memaparkan Jumlah Pengikut Saluran Sepenuhnya 12

YouTube Tidak Akan Lagi Memaparkan Jumlah Pengikut Saluran Sepenuhnya