Sony Disahkan Tidak Lagi Memfokuskan Jualan Telefon Pintar Di Malaysia 1
in

Sony Disahkan Tidak Lagi Memfokuskan Jualan Telefon Pintar Di Malaysia

Ura-ura penarikan diri Sony Mobile dari pasaran Malaysia telah didengari sejak Ogos tahun lalu selepas Xperia XZ3 tidak dilancarkan. Kami sekadar dapat menggunakan peranti ini di IFA pasca pelancaran. Peranti keluaran mereka juga tidak lagi muncul pada senarai SIRIM menguatkan lagi teori ini. Tetapi hari ini pengesahan rasmi akhirnya tiba dari pihak Sony sendiri.

Sony Disahkan Tidak Lagi Memfokuskan Jualan Telefon Pintar Di Malaysia 2

Menurut laporan XperiaBlog, Sony mengadakan acara strategi korporat mereka untuk tahun perniagaan 2020 mereka. Di dalam slaid pembentangan, Sony merancang memfokuskan jualan telefon pintar pada pasaran Eropah, Hong Kong, Jepun dan Taiwan sahaja. Malaysia termasuk di dalam kawasan yang tidak lagi difokuskan oleh mereka. Selain Malaysia kesemua benua Afrika, ASEAN, Australasia, India dan Timur Tengah turut terkesan dengan strategi baharu Sony.

Tindakan ini terpaksa dilakukan bagi memastikan bahagian peranti mudah alih Sony akan kembali memberikan keuntungan pada tahun perniagaan 2020 kelak. Bagi peminat peranti Sony Xperia di Malaysia, tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Sumber: Xperia Blog

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Uniqlo Lancar Koleksi Kolaborasi Terbaru Bersama Pokemon 11

Uniqlo Lancar Koleksi Kolaborasi Terbaru Bersama Pokemon

ARM Turut Dilaporkan Memutuskan Urusan Perniagaan Dengan Huawei 12

ARM Turut Dilaporkan Memutuskan Urusan Perniagaan Dengan Huawei