Permainan League of Legends Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Mudah-Alih 1
in

Permainan League of Legends Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Mudah-Alih

League of Legends merupakan salah satu permainan yang popular dikalangan pemain PC, dan mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia. Terkini, ia dilaporkan yang mana Tencent dan Riot Games sedang membangunkan permainan League of Legends untuk peranti mudah-alih.

Akhir-akhir ini, ia dikatakan permainan League of Legends sedikit kurang popularnya berbanding beberapa tahun lepas – dan salah satu kaedah yang dilihat untuk membuatkan pengguna memainkannya dengan lebih aktif adalah dengan pengenalan versi peranti mudah-alih. Versi peranti mudah-alih juga dijangka akan meningkatkan lagi angka pemain League of Legends di Asia.

Permainan League of Legends Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Mudah-Alih 2

Buat masa ini, Tencent sendiri menawarkan beberapa peranti mudah-alih dengan penawaran bentuk permainan yang lebih kurang sama, dan salah satunya adalah Arena of Valor. Namun, peranti mudah-alih berkenaan juga tidak begitu popular – jikalau dibandingkan dengan versi peranti mudah-alih lain seperti Mobile Legends.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah League of Legends ini akan dilancarkan untuk Android dan iOS. Berkemungkinan kita akan melihatnya seawal 2020 kelak.

Sumber: Reuters

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tonton Trailer Rasmi Filem 'Once Upon A Time In Hollywood' 11

Tonton Trailer Rasmi Filem ‘Once Upon A Time In Hollywood’

Permainan Pokémon Rumble Rush Kini Boleh Dimuat-Turun Untuk Android 12

Permainan Pokémon Rumble Rush Kini Boleh Dimuat-Turun Untuk Android