Permainan Pokémon Rumble Rush Kini Boleh Dimuat-Turun Untuk Android 1
in

Permainan Pokémon Rumble Rush Kini Boleh Dimuat-Turun Untuk Android

Sebelum ini syarikat The Pokemon Company telah melancarkan permainan mudah-alih Pokémon Rumble Rush di peranti Android, namun ianya terhad buat pasaran Australia sahaja. Kini, permainan tersebut akhirnya telah tiba untuk global (Termasuk Malaysia) di mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma untuk peranti Android di Google Play Store.

Permainan mudah-alih ini memfokuskan pemain untuk mengumpul dan melatih Pokemon anda sendiri. Dengan bentuk permainan gerak-pantas, permainan ini boleh dimainkan dengan hanya satu tangan sahaja melalui bentuk butang kawalan pada skrin sesentuh peranti anda.

Buat masa ini, versi Android sahaja yang dilancarkan dan versi iOS akan tiba kemudian. Seperti biasa, permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah dan ianya juga akan menyertakan sebilangan kandungan mikro-transaksi yang pemain boleh beli.

Pautan: Pokémon Rumble Rush (Google Play Store)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Permainan League of Legends Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Mudah-Alih 10

Permainan League of Legends Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Mudah-Alih

Tonton Iklan Raya TNB ‘Konvoi Epik Fantastik’ Yang Cukup Meriah 11

Tonton Iklan Raya TNB ‘Konvoi Epik Fantastik’ Yang Cukup Meriah