WhatsApp Akan Mula Memaparkan Iklan Pada Status Bermula Tahun 2020 1
in

WhatsApp Akan Mula Memaparkan Iklan Pada Status Bermula Tahun 2020

WhatsApp ialah platform pemesejan yang popular kerana ia digunakan oleh hampir semua orang. Antara sebab utama ialah kerana ia tidak memaparkan sebarang iklan yang mengganggu pengguna. Tetapi umum diketahui Facebook mempunyai perancangan memaparkan iklan pada aplikasi ini sama seperti yang mereka lakukan pada aplikasi lain di bawah naungan mereka.

WhatsApp Akan Mula Memaparkan Iklan Pada Status Bermula Tahun 2020 2

Menurut laporan BGR, iklan akan mula dipaparkan pada WhatsApp Status pada tahun 2020. Ini disahkan di dalam acara Facebook Marketing Summit yang berlangsung di Belanda. Pengenalan iklan ini adalah setahun lebih lewat berbanding yang dilaporkan tahun lalu. Iklan sebesar seluruh skrin akan dipaparkan pada Status. Jika tatalan ke atas dilakukan pada iklan, maklumat lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan akan dipaparkan. Format yang digunakan ini sama seperti yang dilihat pada Instagram Stories.

Sumber: BGR

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tonton Iklan Raya TNB ‘Konvoi Epik Fantastik’ Yang Cukup Meriah 11

Tonton Iklan Raya TNB ‘Konvoi Epik Fantastik’ Yang Cukup Meriah

Tonton Trailer Pertama ‘Terminator: Dark Fate’ 12

Tonton Trailer Pertama ‘Terminator: Dark Fate’