Instagram Menambah Sokongan Video Berbentuk Lanskap Pada IGTV 1
in

Instagram Menambah Sokongan Video Berbentuk Lanskap Pada IGTV

Instagram sebelum ini telah hadir dengan penawaran IGTV yang membolehkan pengguna berkongsi video pada tempoh yang lebih panjang menggunakannya. Ketika pengenalan, ia hanya sekadar menyokong video berbentuk menegak sahaja – sekaligus membuatkan popularitinya sedikit rendah berbanding apa yang dijangka.

Instagram Menambah Sokongan Video Berbentuk Lanskap Pada IGTV 2

Semalam, hal tersebut telah berubah. IGTV kini menawarkan sokongan paparan video dalam bentuk lanskap. Hal ini sekaligus akan memudahkan lagi penerbit kandungan untuk menambah video-video sedia ada mereka, selain memudahkan lagi penerbitan untuk platform berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan IGTV, boleh menyemak kemaskini baru ini, dan mula berkongsi video-video berbentuk lanskap terus padanya hari ini.

Sumber: Instagram

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi HBO Go Kini Boleh Dimuat Turun Di Malaysia 11

Aplikasi HBO Go Kini Boleh Dimuat Turun Di Malaysia

Facebook Mematikan 2.19 Bilion Akaun Palsu Pada Suku Pertama 2019 12

Facebook Mematikan 2.19 Bilion Akaun Palsu Pada Suku Pertama 2019