Tarikh Rasmi Tayangan Filem Aksi-Nyata Akira Diumumkan – Bakal Tiba Pada 2021 1
in

Tarikh Rasmi Tayangan Filem Aksi-Nyata Akira Diumumkan – Bakal Tiba Pada 2021

Akira semestinya adalah salah satu animasi yang terkenal lebih dari 30 tahun lepas di mana ianya adalah filem animasi yang bertempatkan di era pasca-apokaliptik Cyberpunk. Filem tersebut sememangnya salah satu terkenal dengan bentuk visual yang menakjubkan di campur dengan dunia yang dihasilkan dengan penuh kepelbagaian.

Beberapa tahun lepas, filem tersebut diumumkan bahawa akan diadaptasi kepada filem aksi-nyata dan ianya akan diarah oleh Taika Waititi, iaitu pengarah yang terkenal dengan filem Thor: Ragnarok.

Tarikh Rasmi Tayangan Filem Aksi-Nyata Akira Diumumkan – Bakal Tiba Pada 2021 2

Terkini, melalui Warner Bros, tarikh tayangan filem tersebut akhirnya diumumkan iaitu pada 21 Mei 2021 di mana menurut Taika Waititi, beliau akan memfokuskan adaptasi filem tersebut daripada komik manga asal oleh Katsuhiro Otomo.

Kami sendiri juga tidak sabar untuk menonton filem tersebut dan buat masa ini sebarang informasi lain tidak dikongsikan termasuklah sebarang imej, video acah mahupun senarai pelakon. Kami pasti akan mengemaskininya setelah mereka mengumumkan kelak. Sama-sama kita nantikan menjelang 2021 kelak.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Singapura Melancarkan Kabin Merokok Yang Menapis Asap Bagi Mengurangkan Pencemaran 11

Singapura Melancarkan Kabin Merokok Yang Menapis Asap Bagi Mengurangkan Pencemaran

Filem Sonic The Hedgehog Ditunda Sehingga Tahun Hadapan 12

Filem Sonic The Hedgehog Ditunda Sehingga Tahun Hadapan