GitHub Memperkenalkan ‘Sponsors’ – Memudahkan Pengguna Menyumbang Dana Kepada Para Pembangun 1
in

GitHub Memperkenalkan ‘Sponsors’ – Memudahkan Pengguna Menyumbang Dana Kepada Para Pembangun

GitHub merupakan salah satu platform yang digunakan secara aktif oleh ramai pembangun. Ia membolehkan anda memuat-naik kod pembangunan, seterusnya bekerjasama dengan pembangun lain melaluinya. Untuk memudahkan pengguna menyumbang dana kepada pembangun, GitHub telah memudahkannya melalui perkenalan GitHub Sponsors.

GitHub Memperkenalkan ‘Sponsors’ – Memudahkan Pengguna Menyumbang Dana Kepada Para Pembangun 2

Fungsi ini berfungsi seumpama laman Patreon yang sedia memudahkan pengguna menyumbang dana kepada seseorang individu. Melaluinya, para pembangun juga boleh menetapkan sesuatu kumpulan dana (tier) dan memberi faedah istimewa (perk) kepada penyumbang berdasarkan kumpulan dana tersebut.

GitHub Memperkenalkan ‘Sponsors’ – Memudahkan Pengguna Menyumbang Dana Kepada Para Pembangun 3

Fungsi ini pastinya dapat meringankan kewangan para pembangun, terutama bagi mereka yang membangunkan projek atau perisian terbuka. Membangunkan sesuatu perisian ini memerlukan sumber dan peralatan yang mahal, sekaligus memerlukan dana untuk meneruskan sesuatu projek pembangunan.

GitHub Memperkenalkan ‘Sponsors’ – Memudahkan Pengguna Menyumbang Dana Kepada Para Pembangun 4

GitHub Sponsors telah dibuka kepada sejumlah para pembangun dan bakal diperluaskan kepada pihak lain pada akan datang. Bagi anda yang berminat, anda boleh meletakkan nama anda di dalam senarai menunggu melalu laman GitHub Sponsors.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Facebook Dilaporkan Bakal Melancarkan Kriptowang Tersendiri Pada Tahun Hadapan 13

Facebook Dilaporkan Bakal Melancarkan Kriptowang Tersendiri Pada Tahun Hadapan

Kem Menjadi Personaliti YouTube Mula Ditawarkan Untuk Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat 14

Kem Menjadi Personaliti YouTube Mula Ditawarkan Untuk Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat