Vivy Yusof Sah Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM 1
in

Vivy Yusof Sah Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Usahawan muda Vivy Yusof, pengasas FashionValet dan dUCK Group, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pendidikan.

Menerusi laman Instagram miliknya hari ini, Vivy atau nama sebenarnya Datin Vivy Sofinas Yusof melahirkan kesyukuran diamanahkan dengan tanggungjawab besar sebagai ahli lembaga pengarah termuda UiTM.

“Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan.

“Biarpun tidak memiliki pengalaman yang setara dengan mereka, saya berharap dapat memberikan sumbangan.

“Sumbangan dari segi idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang,” tulisnya di Instagram.

Imej yang dimuat naik itu merupakan ucapan tahniah daripada UiTM yang merangkumi Pengerusi, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan barisan ahli lembaga pengarah serta pengurusan eksekutif universiti itu.

Pelantikan ikon bisnes fesyen berusia 31 tahun itu juga dilihat mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan alumni institusi pengajian tinggi awam itu sendiri.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kem Menjadi Personaliti YouTube Mula Ditawarkan Untuk Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat 10

Kem Menjadi Personaliti YouTube Mula Ditawarkan Untuk Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat

'Ketagihan Permainan Video' Disahkan Sebagai Penyakit Oleh Badan WHO 11

‘Ketagihan Permainan Video’ Disahkan Sebagai Penyakit Oleh Badan WHO