BukaGlobal – Inisiatif BukaLapak Dalam Meluaskan Platform E-Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia 1
in

BukaGlobal – Inisiatif BukaLapak Dalam Meluaskan Platform E-Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia

Platform e-dagang Indonesia, Bukalapak mengembangkan sayapnya menerusi pelancaran BukaGlobal, platform e-dagang untuk menerima pelanggan daripada luar republik itu.

Pengasas bersama dan Presiden Bukalapak Fajrin Rasyid berkata platform itu bertujuan menghubungkan lebih empat juta penjual di Indonesia terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) dengan pelbagai lokasi di rantau ini, termasuk Malaysia.

BukaGlobal – Inisiatif BukaLapak Dalam Meluaskan Platform E-Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia 2

“Ini ialah fasa pengembangan kami yang pertama di luar Indonesia. Selain Malaysia, kami juga memasuki Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei,” katanya semasa pelancaran BukaGlobal di Kedutaan Indonesia di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi penyelesaian logistik, BukaGlobal akan bekerjasama dengan platform logistik rentas sempadan, Janio Technologies untuk menyediakan perkhidmatan penyampaian yang pantas dan kompetitif, sekali gus memenuhi keperluan pengguna.

Fajrin berkata BukaGlobal kini boleh diakses di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Pelanggan boleh mula membuat pesanan produk seberat 0.5 kilogram ke atas dengan waktu penghantaran antara enam hingga 11 hari, bergantung kepada destinasi,” katanya.

Beliau berkata platform itu juga akan dilengkapi bahasa selain bahasa Indonesia serta ciri kaedah pembayaran tambahan yang tersedia di negara lain pada masa akan datang.

“Kami juga berhasrat bekerjasama dengan rakan kongsi Malaysia menerusi cadangan yang diberikan Kedutaan Indonesia,” kata Fajrin.

BukaGlobal – Inisiatif BukaLapak Dalam Meluaskan Platform E-Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia 3

Sementara itu, Timbalan Duta Besar Indonesia, Krishna K.U. Hannan berkata inisiatif tersebut akan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala antara Indonesia dan Malaysia di samping menyokong MSME Indonesia.

“Malaysia ialah negara keempat tertinggi bagi transaksi e-dagang di Asia Tenggara selepas Indonesia, Thailand dan Vietnam dengan anggaran transaksi berjumlah sehingga US$3.7 billion (US$1=RM4.19) menjelang akhir 2019,” kata Krishna.

Bukalapak diasaskan pada 2010 dan ketika ini bernilai melebihi US$1 bilion dengan lebih 50 juta pengguna aktif di Indonesia.

Sumber: MalayMail

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

dUCk Cosmetics Hadir Dengan Koleksi Makeup Edisi Khas ‘X-Men: Dark Phoenix’ 12

dUCk Cosmetics Hadir Dengan Koleksi Makeup Edisi Khas ‘X-Men: Dark Phoenix’

Dokumentari Game of Thrones The Last Watch Kini Boleh Ditonton Melalui Astro Go Dan HBO Go 13

Dokumentari Game of Thrones The Last Watch Kini Boleh Ditonton Melalui Astro Go Dan HBO Go