Diskaun Sehingga 33% Di 23 Lebuhraya Utama Bermula 1 Syawal Ini 1
in

Diskaun Sehingga 33% Di 23 Lebuhraya Utama Bermula 1 Syawal Ini

Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidil Fitri minggu depan.

Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.

Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat :

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus
  • Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus
  • Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus
  • Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus
  • Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
  • Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus

Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu :

  • Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) – 10 peratus
  • Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) – 20 peratus
  • Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja – 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

Menurut kenyataan beliau, “pemberian diskaun tersebut dibuat sejajar dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bagi menghargai pengguna yang kerap menggunakan laluan berkenaan.

“Malah pemberian diskaun tol kepada pengguna ini telah mula dilaksanakan oleh syarikat konsesi lebuh raya sejak tahun 2010 dengan kadar diskaun tol antara lima hingga 100 peratus,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Lebuh Raya sempena Sambutan Aidilfitri 2019, di kawasan Rehat dan Rawat Klang Utara, Lebuhraya Grand Sepadu, di Klang hari ini.

Kenderaan Kelas 1 diklasifikasikan sebagai kenderaan dua gandar dan tiga atau empat tayar tidak termasuk teksi.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi YouTube Gaming Akan Ditamatkan Pada Tarikh 30 Mei Ini 10

Aplikasi YouTube Gaming Akan Ditamatkan Pada Tarikh 30 Mei Ini

Lihat Warga BuzzFeed Buat Perbandingan Snek Dari Malaysia Dan Amerika Syarikat 11

Lihat Warga BuzzFeed Buat Perbandingan Snek Dari Malaysia Dan Amerika Syarikat