Facebook Telah Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia, Banyak Inisiatif Telah Dirancang Untuk Pasaran Tempatan 1
in

Facebook Telah Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia, Banyak Inisiatif Telah Dirancang Untuk Pasaran Tempatan

Facebook merupakan perkhidmatan media sosial yang terbesar di dunia. Rata-rata wargabumi memiliki akaun Facebook, atau setidak-tidaknya mengetahui akan kewujudannya walaupun tidak menggunakannya. Setelah beberapa tahun beroperasi di Malaysia, pada hari ini pejabat baru Facebook Malaysia telah pun dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Facebook Telah Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia, Banyak Inisiatif Telah Dirancang Untuk Pasaran Tempatan 2

Facebook Malaysia sebelum ini lagi banyak mengadakan kerjasama dengan industri mahupun pihak kerajaan. Terdapat inisiatif seperti Facebook Terragraph bagi membawakan sambungan internet pantas di kawasan luar bandar, Nur Alert dari PDRM turut diintegrasikan dalam Facebook Timeline, malah perkhidmatan lain seperti Facebook Marketplace bagi membantu perniagaan, dan juga paling terbaru adalah Facebook Dating bagi memudahkan pencarian teman hidup.

Pada hari ini Facebook Malaysia telah berkongsi sedikit sebanyak perancangan mereka pada masa akan datang. Dengan pelbagai inisiatif yang telah dilakukan sekarang, ia hanyalah 1% dari apa yang telah dilakukan. Menurut mereka, sebanyak 87 Juta pengguna antarabangsa seluruh dunia berhubung dengan perniagaan di Malaysia menggunakan Facebook, sekaligus memberikan petanda potensi perniagaan Malaysia untuk berkembang pesat.

Facebook Telah Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia, Banyak Inisiatif Telah Dirancang Untuk Pasaran Tempatan 3

Aktiviti-aktiviti lain termasuklah program Facebook Blueprint dengan kerjasama MDEC dalam melahirkan lebih ramai lagi e-Usahawan yang berkemahiran dalam dunia teknologi, dan program Developer Circles untuk merapatkan hubungan bersama pembangun serta pengaturcara tempatan.

Facebook Telah Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia, Banyak Inisiatif Telah Dirancang Untuk Pasaran Tempatan 4

Tambah mereka lagi, jika sebelum ini Facebook Terragraph sedang diuji di Georgetown Pulau Pinang, ujian kedua akan dilakukan di Cyberjaya tidak lama lagi. Dan dalam membantu komuniti lain di Malaysia, komuniti kecil juga tidak akan dilupakan dan Facebook akan sentiasa bekerjasama rapat dengan mereka.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pembangun TikTok Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Tersendiri 13

Pembangun TikTok Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Tersendiri

Rangkaian Facebook Terragraph Akan Dijalankan Di Cyberjaya 14

Rangkaian Facebook Terragraph Akan Dijalankan Di Cyberjaya