Pembangun TikTok Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Tersendiri 1
in

Pembangun TikTok Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Tersendiri

ByteDance, syarikat disebalik TikTok merupakan salah satu syarikat yang menerima fokus ramai akhir-akhir – apatah lagi dengan pelbagai aplikasi mereka yang semakin popular dari hari ke hari. Terkini, menurut laporan Financial Times, ia dikatakan ByteDance turut sedang membangunkan telefon pintar mereka tersendiri.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah rekaan peranti berkenaan. Tetapi, mengikut laporan awal, ia dikatakan akan hadir dengan sejumlah aplikasi terbina – dan berkemungkinan memfokuskan kepada pengguna muda remaja yang aktif menggunakan TikTok serta beberapa aplikasi lain dibawah mereka.

Untuk makluman, sebelum ini beberapa pihak telah cuba hadir dengan telefon pintar khusus, tetapi tidak begitu berjaya – termasuk Facebook dengan kerjasama pihak HTC untuk telefon khusus. Namun, dengan populariti aplikasi TikTok, ia tidak diketahui sama ada ByteDance akan berjaya atau sebaliknya.

Ia juga turut menjadi tanda tanya sama ada ia akan dipasarkan pada peringkat global, atau sekadar di China sahaja.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada ByteDance berkenaan hal ini.

Sumber: Financial Times

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Anthony Loke

JPJ Buka WhatsApp Rasmi Aduan Untuk Pesalah Jalanraya Sempena Musim Raya Ini

Facebook Telah Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia, Banyak Inisiatif Telah Dirancang Untuk Pasaran Tempatan 10

Facebook Telah Membuka Pejabat Rasmi Di Malaysia, Banyak Inisiatif Telah Dirancang Untuk Pasaran Tempatan