Kerajaan Berhasrat Untuk Pasang Alat Khas Pada Kenderaan Bagi Menghalang Pemandu/Penunggang Langgar Undang-Undang 1
in

Kerajaan Berhasrat Untuk Pasang Alat Khas Pada Kenderaan Bagi Menghalang Pemandu/Penunggang Langgar Undang-Undang

Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan syarikat automotif dan pengeluar motosikal untuk menambah ciri-ciri keselamatan pada kenderaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

Menterinya, Anthony Loke berkata sudah tiba masanya teknologi digunapakai untuk mengukuhkan undang-undang.

“Kita sedang bekerjasama dengan syarikat kenderaan untuk mewujudkan kelengkapan keselamatan pada kereta dan motosikal untuk menghalang pemandu dari melanggar undang-undang,” ujar beliau semalam sewaktu melancarkan kempen keselamatan Yamaha Balik Kampung.

Sebanyak 548,598 kemalangan dilaporkan tahun lalu dengan 6,284 kes kemalangan maut.

Tahun 2017, angka kemalangan maut pula ialah 6,740.

Jumlah kematian suku pertama tahun 2019 pula ialah 133,912 kes dengan 1,483 kematian.

Pada pendapat Careta, ini adalah tindakan proaktif di dalam isu kemalangan jalanraya, cuma sekiranya Anthony Loke menjadi seorang guru sekolah, beliau akan memaksa pelajar untuk menghafal jawapan, bukan untuk memahami atau mempelajari apa-apa fakta.

Kempen kesedaran serta pendidikan berkaitan keselamatan jalanraya perlu juga diterapkan untuk menjadikan masyarakat Malaysia setanding dengan rakyat di negara maju.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pokemon Sleep Diumumkan – Aplikasi Pokemon Yang Dimainkan Semasa Tidur 10

Pokemon Sleep Diumumkan – Aplikasi Pokemon Yang Dimainkan Semasa Tidur

Tonton Video Ujian Jet Pejuang USA Yang Dilengkapi Senjata Lazer 11

Tonton Video Ujian Jet Pejuang USA Yang Dilengkapi Senjata Lazer