Konsol Permainan 'Playdate' Ini Dibangunkan Di Sungai Petani 1
in

Konsol Permainan ‘Playdate’ Ini Dibangunkan Di Sungai Petani

Ini berita baik buat penggemar permainan video diluar sana. Panic bakal tampil dengan koleksi konsol permainan ‘Playdate’ tidak lama lagi.

Menariknya, konsol ini tersedia dilengkapi dengan 12 permainan video dimana pemilik Playdate akan menerima permainan mereka untuk sistem secara mingguan melalui Wi-Fi.

Playdate hadir dengan warna kuning dan crank pada bahagian tepi untuk merancakkan lagi pengalaman permainan. Lebih mengujakan, apabila koleksi ini akan dibuat di Malaysia dan perkara tersebut disahkan oleh jurutera Panic, Dave Hayden dimana Playdate dibuat di Sungai Petani.

Untuk pengetahuan anda, koleksi Playdate ini dijangka akan tersedia pada tahun 2020 dan harga bagi koleksi tersebut adalah $149 (~RM623) sahaja. Pastinya harga koleksi ini mampu milik dan anda masih mempunyai masa lagi untuk kumpul duit bagi mendapatkan ia apabila sudah tersedia untuk dijual.

Konsol Permainan 'Playdate' Ini Dibangunkan Di Sungai Petani 2

Konsol Permainan 'Playdate' Ini Dibangunkan Di Sungai Petani 3

Konsol Permainan 'Playdate' Ini Dibangunkan Di Sungai Petani 4

Konsol Permainan 'Playdate' Ini Dibangunkan Di Sungai Petani 5

Pautan: Playdate

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Game Freak Mengumumkan Pokemon Home Iaitu Hub Untuk Permainan Pokemon Di iOS, Android dan Switch 14

Game Freak Mengumumkan Pokemon Home Iaitu Hub Untuk Permainan Pokemon Di iOS, Android dan Switch

Model Komputer Pertama Apple 1 Berjaya Dibida Dengan Harga RM2.09 Juta 15

Model Komputer Pertama Apple 1 Berjaya Dibida Dengan Harga RM2.09 Juta