PLUS Bakal Memperkenalkan Kapsul Tidur Di R&R Mulai Tahun Depan 1
in

PLUS Bakal Memperkenalkan Kapsul Tidur Di R&R Mulai Tahun Depan

Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat, terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan.

PLUS Bakal Memperkenalkan Kapsul Tidur Di R&R Mulai Tahun Depan 2

“Kita sentiasa melihat kepada kemahuan pengguna… kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.

“Ini antara penambahbaikan fasiliti sedang dikaji dan kita berharap langkah ini nanti dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat dan mereka boleh memandu dalam keadaan segar… sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan,” kata beliau lagi.

“Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.

Kami amat berharap sangat agar projek ini dapat direalisasikan, kerana kebanyakan pengguna jalanraya hanya mahu mendapatkan lelap sebentar dari pemanduan, tidak memerlukan ruang besar sangat pun untuk lakukan perkara lain.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Marvel Dan Square Enix Bakal Mengumumkan Permainan Marvel’s Avengers Di E3 2019 11

Marvel Dan Square Enix Bakal Mengumumkan Permainan Marvel’s Avengers Di E3 2019

Bose Noise Cancelling Headphones 700 Dilancarkan Dengan Rekaan Bergaya 12

Bose Noise Cancelling Headphones 700 Dilancarkan Dengan Rekaan Bergaya