Anda Kini Boleh Mencuba Samurai Shodown Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad 1
in

Anda Kini Boleh Mencuba Samurai Shodown Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad

Dikhabarkan syarikat SNK akan melancarkan permainan Samurai Shodown pada bulan Jun ini untuk konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Bersempena dengan itu, Sony dan SNK hari ini juga mengumumkan yang mana anda boleh mencuba permainan tersebut secara percuma khas di konsol Playstation 4.

Anda Kini Boleh Mencuba Samurai Shodown Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad 2

Melalui demo ini, ianya hanya terhad untuk dicuba dengan tempoh masa dua jam sahaja dan setelah pemain mula bermain, tempoh masa tersebut akan terus bermula dan akan disambung jika pemain menutup aplikasi permainan tersebut dan menyambung sesi permainan semula. Selain itu, demo ini juga adalah terhad sehingga 20 Jun 2019 ini sahaja dan hanya pelanggan Playstation Plus sahaja yang berupaya untuk mencubanya.

Dari segi kandungan demo, SNK menyatakan ianya akan menyertakan 3 watak sahaja yang boleh dimainkan iaitu Yashamaru Kurama, Haohmaru dan Nakoruru. Dari mod permainan pula, terdapat 3 mod iaitu mod latihan, mod belajar dan mod pertempuran.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Samurai Shodown, anda boleh ke pautan dibawah untuk memuat-turunnya.

Pautan: Samurai Shodown Demo Version

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan 11

Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan

Tonton Video Trailer Pertama Filem Animasi Onward 12

Tonton Video Trailer Pertama Filem Animasi Onward