Aplikasi Grab Akan Berhenti Menyokong iPhone 4S Selepas 18 Jun 2019 1
in

Aplikasi Grab Akan Berhenti Menyokong iPhone 4S Selepas 18 Jun 2019

Aplikasi Grab membolehkan pengguna mendapatkan kenderaan e-hailing, memesan makanan dan melakukan pembayaran tanpa tunai. Tetapi bagi mereka yang menggunakan iPhone 4S dan ke bawah, peranti anda tidak akan lagi disokong oleh Grab selepas 18 Jun.


Notifikasi mengenai penamatan sokongan ini diumumkan di dalam log perubahan Grab versi 5.47.0 di App Store. Penamatan sokongan mungkin dilakukan kerana peranti ini sudah berusia hampir lapan tahun dan hanya menyokong iOS 9.3.5 yang diberikan tiga tahun lalu.Kepada pengguna Android pula, aplikasi Grab disokong pada peranti yang menggunakan sekurang-kurangnya sistem operasi 4.0.3 Ice Cream Sandwich.

Jadi kepada pengguna diluar sana yang masih kekal menggunakan iPhone 4S, telah tiba masanya untuk anda menggunakan peranti iOS yang lebih terkini jika masih ingin menggunakan aplikasi Grab.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Harga Langganan Playstation Plus Akan Meningkat Menjelang Ogos 2019 Ini 10

Harga Langganan Playstation Plus Akan Meningkat Menjelang Ogos 2019 Ini

Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan 11

Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan