Robert Pattinson Secara Sah Dipilih Sebagai Batman Baru 1
in

Robert Pattinson Secara Sah Dipilih Sebagai Batman Baru

Syarikat Warner Bros telah mengesahkan bahawa Robert Pattinson kini telah selesai mendatandatangi dengan pihak studio untuk memegang watak Batman yang baru.

Pengarah yang akan mengambil tugas ini iaitu Matt Reeves berkata, filem Batman beliau akan ditayangkan pada tarikh 25 Jun 2021, dan ianya tidak akan terikat langsung dengan filem Batman sebelumnya, yang dilakonkan oleh Ben Affleck dari dua filem arahan Zack Snyder, iaitu “Batman v Superman: Dawn of Justice” tahun 2016, serta “Justice League” tahun 2017.

Proses produksi filem dijangka akan bermula pada sekitar hujung tahun ini, dan nama tajuk yang mungkin akan diberikan adalah “The Batman”.

Matt Reeves merupakan pengarah disebalik dua siri filem baru “Planet of the Apes”, dan akan berkolaborasi dengan rakan beliau, Dylan Clark. Filem Batman yang terbaru ini merupakan usaha baru pihak studio Warner Bros, untuk kembali mengejar kejayaan filem komik Marvel.

Pelakon Robert Pattinson yang orang ramai kenali, telah memegang watak vampire Edward Cullen dalam lima siri francais filem “Twillight”.

Tiada maklumat lanjut diberikan, namun kami berharap agar pelan terbaru studio ini akan memberikan kejayaan kepada filem komik DC Comics.

Sumber: Deadline

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

IKEA Kongsi Cara Hias Ruang Tamu Mengikut Siri TV Kegemaran Anda 10

IKEA Kongsi Cara Hias Ruang Tamu Mengikut Siri TV Kegemaran Anda

Apple Dilaporkan Bakal Menamatkan Perkhidmatan iTunes 11

Apple Dilaporkan Bakal Menamatkan Perkhidmatan iTunes