Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan 1
in

Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan

Setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, kami mendengar muzik dari Spotify. Muzik yang dimainkan adalah kombinasi pilihan sendiri dan juga isteri. Tetapi untuk melakukan pilihan lagu, peranti perlu diserahkan kepada isteri. Di masa hadapan ini terdapat cara lebih mudah bakal diperkenalkan menerusi fungsi Social Listening.

Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan 2

Fungsi ini ditemui oleh Jane Manchun di dalam binaan terkini aplikasi Android.


Menerusi Social Listening, sebuah senarai main bersama boleh dihasilkan dengan menjemput teman untuk menambah muzik pilihan ke dalamnya. Ini amat berguna ketika mendengar muzik di pejabat atau ketika majlis keraian. Rakan boleh dijemput masuk ke dalam senarai main ini menerusi kod yang terpapar pada skrin peranti.

Buat masa ini Social Listening hanya diuji di kalangan kakitangan Spotify dan pihak mereka tidak mengesahkan sama ada ia akan diaktifkan kepada kesemua pengguna buat masa ini.

Sumber: TechCrunch

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Grab Akan Berhenti Menyokong iPhone 4S Selepas 18 Jun 2019 11

Aplikasi Grab Akan Berhenti Menyokong iPhone 4S Selepas 18 Jun 2019

Anda Kini Boleh Mencuba Samurai Shodown Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad 12

Anda Kini Boleh Mencuba Samurai Shodown Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad