Final Fantasy VIII Remastered Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Tahun Ini 1
in

Final Fantasy VIII Remastered Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Tahun Ini

Ketika acara persidangan Square-Enix di acara E3 2019 yang sedang berlangsung sekarang, mereka berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan Final Fantasy VII Remake di mana sebelum ini tarikh pelancarannya sudah pun diumumkan iaitu ia bakal tiba pada 3 Mac 2020 ini.

Terkini, melalui persidangan Square-Enix buat acara E3 2019, Square-Enix akhirnya memperlihatkan bentuk pertempuran permainan tersebut disamping watak Tifa Lockhart akhirnya dilihatkan bersama-sama dengan bentuk permainan beliau.

Bentuk permainan Final Fantasy VII Remake akan memfokuskan secara hibrid di mana ianya dicampur antara aksi dan bentuk strategi. Melaluinya, Square-Enix memperkenalkan sistem taktikal khas yang membenarkan pemain untuk memperlahankan masa untuk memilih sebarang bentuk serangan mahupun tindakan lain.

Final Fantasy VIII Remastered Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Tahun Ini 2

Dari segi bentuk serangan, pemain berupaya untuk memilih sebilangan dan kemahiran berbeza mengikut watak. Menariknya, pemain juga berupaya untuk menukar watak secara terus dan pemain juga perlu bijak memilih waktu dan saat untuk menukar watak, terutamanya jika terdapat watak yang ditangkap ataupun diserang oleh musuh.

Final Fantasy VIII Remastered Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Tahun Ini 3

Final Fantasy VII Remake akan memfokuskan dunia yang sangat meluas, sekaligus menurut Square-Enix, mereka akan melancarkan secara dua bahagian, di mana bahagian pertama akan memfokuskan bandaraya Midgar. Bersempena dengan pengumuman ini, Square-Enix juga mengumumkan sebilangan edisi terhad yang bakal dilancarkan secara bersama.

Final Fantasy VIII Remastered Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Tahun Ini 4

Dari segi harga rasmi buat pasaran Malaysia berkenaan edisi-edisi permainan yang diumumkan. Kami pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan secara rasmi kelak.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan Mac 2020 ini khas di konsol Playstation 4.

Sumber: Square Enix Store

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Filem The Division Akan Ditawarkan Terus Menerusi Netflix 13

Filem The Division Akan Ditawarkan Terus Menerusi Netflix

Shazam Untuk Android Kini Boleh Mengecam Lagu Yang Dimainkan Dari Dalam Peranti 14

Shazam Untuk Android Kini Boleh Mengecam Lagu Yang Dimainkan Dari Dalam Peranti