Mozilla Hadir Dengan Logo FireFox Berwajah Baru 1
in

Mozilla Hadir Dengan Logo FireFox Berwajah Baru

Logo pelayar web FireFox cukup sinonim dengan kita sejak ia diperkenalkan pada tahun 2003. Ia membawa penampakan musang berapi yang menyeliputi bentuk sfera yang berupa planet Bumi. Kini selepas 16 tahun pengeluaran pelayar web ini, pihak Mozilla telah hadir dengan logo baru untuk kegunaan masa kini.

Logo yang diperlihatkan ini menyerupai seperti logo FireFox sebelum ini, namun diolah untuk kelihatan lebih membulat dan moden. Ia masih mengekalkan paparan dalam bentuk ekor musang, namun tidak membawakan bahagian wajah FireFox di atasnya.

Mozilla Hadir Dengan Logo FireFox Berwajah Baru 2

Logo ini sebenarnya bukanlah mencerminkan kepada pelayar web FireFox, kerana ia lebih berdiri sebagai logo utama untuk produk berasaskan FireFox. Mozilla sedia mempunyai beberapa penawaran produk di bawah penjenamaan FireFox ini – melalui kehadiran FireFox Browser, FireFox Send, FireFox Monitor, dan FireFox Lockwise.

Mozilla Hadir Dengan Logo FireFox Berwajah Baru 3

Pengenalan logo baru FireFox ini adalah selari dengan perubahan antaramuka yang hadir pada produk terkini Mozilla. Logo-logo yang diperkenalkan ini dijangka akan mula digunakan pada produk berasaskan FireFox, yang mana akan diedarkan melalui kemaskini kepada pengguna kelak.

Sumber: Mozilla Open Design

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tonton Trailer Rasmi Filem 'Frozen 2' 12

Tonton Trailer Rasmi Filem ‘Frozen 2’

Sekuel Permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild Diumumkan Oleh Nintendo 13

Sekuel Permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild Diumumkan Oleh Nintendo