Sekuel Permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild Diumumkan Oleh Nintendo 1
in

Sekuel Permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild Diumumkan Oleh Nintendo

Nintendo Direct bagi acara E3 2019 akhirnya tamat di mana Nintendo mengejutkan peminat dengan pengumuman sekuel kepada permainan The Legend Of Zelda: Breath of The Wild kini sedang dibangunkan.

Tidak banyak informasi yang diperlihatkan, namun apa yang pasti ianya kelihatan akan menyertakan watak Link dan Princess Zelda di mana beliau kelihatan mempunyai gaya rambut baharu yang lebih pendek.

Video acah tersebut juga kelihatan Link dan Zelda akan mengembara di lokasi bawah tanah Hyrule dan bertembung dengan sesuatu musuh, kelihatan seakan satu bentuk tenaga daripada Ganon daripada permainan The Legend Of Zelda: Breath of The Wild sebelum ini.

Walaubagaimana pun, kami percaya ianya masih lagi di tahap awal pembangunan dan informasi lanjut berkenaannya pasti akan dikongsikan kelak oleh Nintendo.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mozilla Hadir Dengan Logo FireFox Berwajah Baru 10

Mozilla Hadir Dengan Logo FireFox Berwajah Baru

The Legend of Zelda: Link’s Awakening Bakal Dilancarkan September Ini 11

The Legend of Zelda: Link’s Awakening Bakal Dilancarkan September Ini