The Legend of Zelda: Link’s Awakening Bakal Dilancarkan September Ini 1
in

The Legend of Zelda: Link’s Awakening Bakal Dilancarkan September Ini

Februari lepas, Nintendo mengumumkan permainan olahan semula buat The Legend of Zelda: Link’s Awakening di mana asalnya ianya adalah adalah permainan di konsol Game Boy.

Terkini, melalui acara Nintendo Direct E3 2019, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di mana ianya bakal tiba pada 20 September 2019 ini.

Melalui video teaser yang diperlihatkan, permainan tersebut mempunyai bentuk permainan kamera atas-bawah seperti bentuk klasik permainan The Legend Of Zelda. Video grafiknya juga mempunyai visual yang lebih ringkas berbanding permainan The Legend Of Zelda: Breath of The Wild.

Pada penghujung video teaser tersebut, pemain juga kelihatan berupaya untuk menghasilkan pentas permainan ‘Dungeon’ mereka sendiri dan mengembara di dalamnya untuk mendapat pelbagai ganjaran menarik.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya menjelang September Ini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sekuel Permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild Diumumkan Oleh Nintendo 10

Sekuel Permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild Diumumkan Oleh Nintendo

Tastemakers Perkenalkan Mesin Arked TMNT Dan Marvel Super Heroes 11

Tastemakers Perkenalkan Mesin Arked TMNT Dan Marvel Super Heroes